WhatsApp: 6.019.234.8786 (Sanusi PMB Investment KL)

Monday, May 18, 2015

4 Profil Risiko Dalam Pelaburan Dana Unit Amanah

Fikirkan penumpulan kekayaan (harta) sebagai satu perjalanan dengan destinasi yang menguntungkan. Anggap perunding pelaburan sebagai pembimbing berpengalaman yang akan membantu anda memetakan ke mana arah tuju anda, bila anda boleh mencapai matlamat anda, bagaimana anda akan ke sana dan apakah halangan sepanjang perjalanan tersebut. Di CWA, kami mengkategorikan pelabur berdasarkan empat profil-risiko:

  • Agresif – Pelabur yang sanggup mengambil risiko lebih tinggi untuk mendapatkan pulangan lebih tinggi.
  • Sederhana Agresif – Pelabur yang inginkan pulangan lebih tinggi, tetapi berhati-hati dengan risiko yang diambil.
  • Sederhana– Pelabur yang mahukan pulangan stabil dengan risiko lebih rendah.
  • Konservatif – Pelabur yang melihat pengekalan modal sebagai keutamaan dan hanya sanggup mengambil risiko yang minima.


Untuk setiap jenis pelabur, kami mempunyai senarai dana untuk dipilih. 

Pemprofilan risiko adalah proses berterusan. Oleh kerana keutamaan setiap orang berubah mengikut peringkat kehidupan berlainan, kami perlu menyemak profil risiko individu tersebut dari semasa ke semasa untuk memastikan kesesuaiannya. Di CWA, kami komited untuk terus membantu anda memastikan profil risiko anda sentiasa sepadan dengan portfolio pelaburan anda.


Ketahuilah profil risiko anda melalui Penyelesaian Portfolio Mudah CWA

No comments:

Post a Comment