WhatsApp: 6.019.234.8786 (Sanusi PMB Investment KL)

Sunday, March 26, 2017

Kelayakan Skim Pelaburan Ahli KWSP (EPF) untuk pelaburan dalam unit amanah

Kelayakan 

Skim Pelaburan Ahli KWSP (EPF) Mulai 1 Januari 2017, kuantum baharu Simpanan Asas Skim Pelaburan Ahli (SPA) telah dilaksanakan. 

Kuantum baharu ini menetapkan RM228,000 sebagai amaun minimum ahli perlu ada dalam Akaun KWSP apabila mencapai umur 55 tahun. 

Definisi 

Simpanan Asas Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM228,000 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas dalam produk dan menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik. 

Rasional 

Rasional pelaksanaan Simpanan Asas adalah supaya ahli memperolehi jumlah minimum sebanyak RM950.00 sebulan bagi membiayai keperluan asas persaraan apabila bersara kelak, selama 20 tahun bermula daripada umur 55 tahun hingga 75 tahun, iaitu selaras dengan jangka hayat penduduk Malaysia. 

Syarat-syarat yang Ditetapkan 

Mulai 1 Januari 2017, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah SPA tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1. 

Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00. 

Syarat-syarat am prosedur di bawah Skim Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah Jumlah Simpanan Asas adalah seperti jadual di bawah. 

Nota dari perunding unit amanah Islam: 

Jika berminat melabur dalam unit amanah Islam dgn menggunakan Skim Pelaburan Ahli KWSP, sila whatsapp 019 234 8786. Ahmad Sanusi (perunding, PMB Investment , KL) 


No comments:

Post a Comment